Isnin, 2 Mac 2009
kehidupan....
Maaf, sudah sekian lama aku mendiamkan diri....bukan lari dari masalah tapi aku kena mengolah strategi untuk kehidupan aku semula....sekali lagi....
Beberapa minggu yang lalu aku bermimpi dibelit ular...ular yang besar....dan kata orang tua-tua itu adalah petunjuk bahawa ada orang akan meminang....MEMINANG? adusshhhh....x kuasa aku nak fikir pasal nikah kawin ni lagi....
Dan kebetulannya, aku memang benar dirisik oleh seseorang....setiap hari dia menghubungi aku, datang ke rumah...., call mak aku, macam2 yang dia buat untuk KONON-KONON cuba memenangi hati aku, semuanya baik sekali.....sampaikan dia kidnap aku bawak balik rumah dia....utk ditunjukkan pada semua family dia.....GILA KAN?
Semua kegilaannya aku terima, aku lihat dari sudut positif dan sebenarnya semua kegilaannya ini dah pernah terjadi dalam hidup aku.....bukan sekali malah sudah berkali-kali....
Kemuncak kegilaannya...minggu lepas, aku ada majlis perasmian, sudah berminggu aku, boss, kawan2 sibuk utk preparation....aku betul2 sibuk...dan dia beratus kali menghubungi aku dalam sehari....dan aku x dapat melayan panggilannya....dan setiap kali balik kerumah, dia akan menunggu aku dirumah....aku memang x kuasa melayan orang yang sebegini....mak pun dah sound aku....x manis orang sekeliling pandang bila saja setiap hari dia datang bertenggek di depan rumah.
Aku dengan ikhlas dan jujur memaklumkan kepadanya tentang hati dan perasaan aku....aku sudah x berperasaan untuk bercinta...mencintai orang apatah lagi....hati dan perasaan aku telah mati....dan aku tidak mahu untuk melukai hati orang yang baik pada aku....aku berlaku jujur padanya dan juga pada diriku sendiri....salahkah aku?
Dan, oleh sebab kejujuran aku itu....dia telah menimbulkan pelbagai masalah pada aku, mulai dengan kucing2 aku, dia melaporkan pada pihak perumahan kononnya ada jiran yang kurang senang dengan kerenah kucing2 aku yang aku bela dalam sangkar...dalam kawasan rumah aku...YA ALLAH, kejamnya....hati aku hanya ALLAH yang tahu....aku x sanggup untuk melepaskan walau seekor kucing2 aku itu....walau seekor pun.....akan aku pertahankan mereka selagi termampu....dan orang ini tahu kelemahan aku....aku terlalu sayangkan anak2 kucing aku itu dan dengan itulah dia cuba menyakitkan hati aku.....
Aku berdoa...semoga dia bertemu dengan orang yang benar2 boleh menerima cinta dan kasih sayangnya, dia orang yang baik....mulia hatinya...tapi mungkin perasaan marah telah mengheret dia melakukan semua ini untuk menyakitkan dan menjatuhkan aku....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Chup2....
I'm very confused right now....!!
Sebenarnya salah sape ni erk...?
Sape yg x nk angkat fon...
What reason yg u x nk angkat cl...
Just sebab busy dgn keje jerk...?
Itu pun dah boleh sakitkan hati seorang lelaki....
Sape yg lebih kejam skang ni...?
U or si dia ni...?
Cuba fikir balik.....
Nape i baca blog u ni asyik nk salahkan lelaki, and x suka angkat fon ah...? Why.....????
Do whatever u think the best for ur future...It is ur life. Yang perangai kebudak-budakan tu...does he fits to be a husband? Just think about it. May Allah always bless u ...
Catat Ulasan